Wednesday, 9 March 2016

GAMBARAN SUASANA DI UITM DENGKIL-PART 1: RUMAH PELAJAR

mestilah the first thing that comes into your mind is the room..kat sini lah tempat yg korang akan habiskan kebanyakkan masa korang nanti... tempat ni jugaklah yg korang akan anggap sebagai rumah kedua korang nanti...

now let me introduce to u gambaran yg bakal anda semua hadapi bila jejakkan kaki dkt rumah anda..
first thing masuk je rumah ni gambaran awal yg korang akan tengok...




hah ko meja belajar sorang satu okk!! belajar sama-sama dgn housemate korang nanti :)


lepastu nanti toleh kiri plak..korang akan nampak
TOILET!!!
ni tempat korang nak basuh muka, berus gigi sambil berangan tengok muka sendiri


singki...biasanya anis dgn housmemate letak bakul brg mandi dkt sini


ok dlm toilet ada 2 tandas...satu tandas cangkuk, satu lagi duduk...yg pintu tertutup tulah tandas cangkung..
suka hati koranglah lebih prefer nak pakai yg mana..depends pada org...
asalkan wasted product from the body dpt dikeluarkan dgn jayanya..ahhaha ^^



bukti kewujudan tandas duduk...


ok..lepas dah tengok tandas plak, lepas ni pegi cari bilik korang plak!!!

ehhh mana tilamnya?? ok x payah risau..ada disediakan..tilam jenama GOODNITE lgi ok..
tilam ni bagi anis x keras sangat pon..empuk je dan sedap lah utk luruskan pinggang dan lena je tido..
tapi bantal x disediakan ye..bawak sendiri drpd rumah..yg ni kalo korang nak bawak bantal yg pakai bulu
angsa, yg gebu gebas tu suka hati koranglah..hak korang kan




excuse for the untidy almari..hhaha..mesti korang nak tahu berapa besar nya almari yg disediakan..

bagi anis besar..terlebih cukup nak tampung capasiti baju yg anis bawak..masih banyak ruang lagi...
so korang yang ada rezeki nak sambung sini, sukahati korang lah nak bawak baju banyak mana pon..insyaallah muat nak simpan...especially for the girls..dgn set penjagaan muka dia, dgn shawl, baju kurung, jubah, skirt, jeans, kemeja dan segala pakaian lain..insyaallah muat..kalo x muat jugak simpan lah dkt bagasi then bagasi tu simpan bawah katil...katil dia tinggi,,,so muat nak sumbat bagasi bawah tu..tpikan nak bawak banyak banyak baju pon nak buat apa..korang dtg sini nak belajar ke nak berfesyen??
ehh tetiba plak..maaf
tapi seriously tempat simpanan dia banyak space..sampai korang buntu kena fikir tempat letak barang korang sbb banyak dan besar space dia..alah nanti korang rasalah sendiri.


ok nilah jarak antara 2 katil tu..laluan korang..gap nilah tempat kitaorg solat..
tapi boleh solat sorang jelah x boleh berdua..tapi kalo nak solat berjemaah
ramai-ramai bolehlah solat kat ruang tamu


ok ni pulak balkoni korang..tempat korang sidai baju korang..dkt sini toleransi amat penting ye..dah nama kita hidup
dgn ramai org dlm satu rumah tu so be considerate lah sikit..korang jgnlah pulak bila nak jemur kain tu korang jemur
memanjang mcm tu je so semua ampaian tu ko bolot sorang..korang ingt ni rumah korang sorang yg banyak space..
pihak pengurusan dah bgi kemudahan tempat menjemur utk setiap rumah so bersyukurlah sikit dan pandai pandai lah manfaatkan kemudahan yg diberi...kecik? x muat? ehhhh tu semua alasan..sebenarnya muat je kalo korang pandai..nanti pakatlah dgn housemate lain hari basuh baju..gilir-gilir..kalo x pon basuh baju tu setiap hari..x de alasan ok..masing masing dah besar..pandai pandai lah fikit...INGAT!!! tempat jemuran tu kena share dgn housemate lain jugak bukan hak sorang..so  kalo nak jemur kain tu silalah pakai hanger jgn pakai sidai je mcm tu kesian kat housemate lain, dorang pon nak jemur baju dorang jugak.

ok..meja belajar sorang satu..time waktu anis masuk dulu pakai pilih je meja belajar yg kita nak..sbb x de nombor lagi..tapi x tau lah utk batch yg akan dtg..kat sini anis selitkan tips nak pilih meja belajar...okk korang kalo nak pilih meja belajar, cari yg bawah kipas dgn meja belajar yg cukup pencahayaan..x terlalu gelap dan x terlalu terang kalo x silau nanti..hahha..anis pilih meja betul-betul bawah kipas,,so time belajar nanti bila korang stress panas serabut korang pegi pasang kipas tahap max kelajuan dia then sambung belajar balik..insyallah x panas,,,hhahahha..
setiap meja ada softboard dan whiteboard sendiri...
so nanti dtg bawak sekali whiteboard marker dgn thumbtack!!





itu jelah yg ada dkt rumah pelajar...semua anis dah cerita..owh lagi satu kat dengkil ni sebenarnya x panas pon...dia sentiasa berangin..sbb uitm ni dekat dengan tasik..so walaupun panas terik dia tetap ada angin sepoi-sepoi bahasa...lagi satu kalo korang dpt rumah menghadap tasik tahniah sbb memang best...rumah korang akan sentiasa berangin je, kalo korang jemur baju confirm kering..anis nak sebenarnya rumah hadap tasik ni..sbb nanti bila stress belajar, bolehlah pandang tasik tenangkan fikiran..tapi sob sobb sobb..malangnya rumah anis bukan hadap tasik..tapi walaupun rumah anis x hadap tasik tapi bilik anis sentiasa sejuk sbb bilik anis menghadap laluan angin..


sampai di sini sahaja..sekian..nantikan kesinambungan PART 2...
ASSALAMMUALAIKUM ^__^


*(gmbr-gmbr yg anis kongsi ni ada banyak sumbernya antaranya di official page uitm dengkil, dkt group whatsapp dan ada jugak gmbr anis sendiri..mohon halalkan ye)

Monday, 7 March 2016

GAMBARAN SUASANA di Uitm Dengkil

ok semua..insyaallah anis akan kongsikan serba sedikit suasana di uitm dengkil..maklumlah anis pon budak asasi daripada UITM DENGKIL NI.. anis ni the first batch yang merasmikan uitm dengkil ni..so nanti anis akan kongsikan pemandangan daripada bilik pelajar, bilik kuliah, cafe, library hinggalah ke pejabat pengurusan..

so kepada adik-adik yg nak masuk asasi-asasi uitm seperti asasi sains, asasi kejuruteraan, asasi TESL dan asasi undang-undang, boleh lah survey-survey gambar ni dulu..kot kot berkenan di hati...nantikan penulisan blog anis seterusnya..bye

Assalammualaikum ^_^ 

Sunday, 6 March 2016

pengalaman result upu:ASASI SAINS UITM

di kesempatan ini anis nak share pengalaman anis menempuhi UPU....hahha bagi anis susahkan nak isi UPU ni...part paling susah dia ada lah tang kena isi kursus yang nak masuk...dah lah masing hingusan lagi baru habis sekolah menengah..tiba tiba kena buat satu keputusan yang bakal menentukan masa depan....kat sini anis tau adik adik lepasan spm sana mesti tengah bertungkus lumus google cari maklumat tentang program apa nak sambung lepas ni..mcm anis dulu pon pulun tau cari maklumat Tanya sana sini pasal program lepas spm ni…naik pening kepala otak fikir…namun Alhamdulillah syukur..Allah telah membuka jalan dkt anis utk sambung pengajian..dengan kesempatan yang ada ni meh sini anis nak cerita pasal dari awal hingga habis dan keputusannya dalam UPU ni...

 FOUNDATION IN SCIENCE UITM…
yes..that was the result that i got ~ THE END~

HAHA x delah tetiba masuk part akhir cerita..okk meh sini anis kasi flashback sikit waktu waktu kecemasan time tengah serabut kepala otak fikir pasal UPU ni...

Sebelum result upu keluar, mestilah korang dlm dilemma nak pilih kursus apa kan..yelah mana x nya..dah lah time ni mostly x tau lagi nak jadi apa dan kursus apa nak amik..lepastu upu plak kena bubuh 8 kursus..pening lah kepala otak semua...namun anis dpt melalui semua tu dengan baik dan dah telah membuat satu keputusan yg penting dah pon dgn berkat parent, my siblings, my friends, teacher and the others yg telah banyak membantu anis dgn berkongsi pengalaman dan pendapat dorang dan akhirnya anis Nampak sinarnya sikit nak isi apa utk upu..tq semua!!lebiu!!

dan ini lah keputusan yg telah dibuat..
My first choice is Foundation in Science Uitm,
 2nd choice is Diploma in Pharmacy UITM, 
3rd choice Diploma makmal perubatan uitm,
 4th choice is Diploma fisioterpi uitm,
 5th, 6th, 7th and 8th tu x payah cite kot..

nampak x jiwa more tu uitm kerna UITM DIHATIKU..bukan apa, entah hati ni lebih memandang kepada uitm daripada u lain..bukan university lain x bagus,,,x takkk…tapi faham x kehendak hati..perspektif org berbeza beza..bagi anis uitm lah u yang anis nak..so depends lah korang..
Sebenarnya anis dah nekad nak sambung diploma farmasi dan anis nak letak diploma farmasi tu sebagai 1st choice, tapi ibu anis x kasi…sbb ibu anis lebih tahu anis better than org lain…anis x nak pon asasi sains tu..bagi anis asasi sains tu utk orang yg pandai je..orang yg sekolah asrama penuh, budak budak MRSM, budak SBP, budak sekolah elit…kata lain budak budak yg sekolah dorang tu ranking terbaik dkt Malaysia ni yg selalu keluar surat khabar dan nama sekolah dorang yg sering disebut sebut orang..mcm anis ni sekolah biasa je..pernah jugak apply MRSM waktu form 1 and form 4 tapi x dpt..apply asrama penuh pon dorang reject...sob sob..so anis rasa anis ni x setaraf dgn dorang…sbb tulah anis reject awal awal lagi kursus asasi ni...banyak alasan anis kasi kat parent...

“x pe lah ibu, kos ni utk budak pandai pandai je..susah lah kos ni ibu..mesti pack kan masa dia..dah lah 2 sem je..mampu ke x anis buat?” lepas tu tau x ibu anis ckp apa, “
“ibu tau anis..anis boleh survive walaupun competition dia sengit..ibu tau anis..anis boleh..percaya lah ckp ibu..”
Then my kakak pon support ckp “anis punya minat more to science..ko dengar lah ckp ibu..ibu kenal ko..ko pon pandai apa..ko mesti boleh punya”


Korang tengok tu..even though korang x nampak minat korang, org di sekeliling korang nmpak..so mintak lah pendapat dorang..walaupun awal nya korang masih ragu-ragu dan x yakin..dorang tahu kelebihan korang...then last last bubuh lah asasi sains uitm sbg pilihan pertama...ENTER then SEND...

Dan result pon telah dihantar...sekarang tinggal tunggu je tarikh result upu utk diumum...korang tahu time ni dngn confident nya anis ckp dlam hati "alah confirm anis x dpt asasi sains ni, anis x layak pon..mesti dpt diploma farmasi..Mesti punya..." ko tengok tu confident tahap gaban kot...and the moment yg paling ditunggu tunggu utk pelajar lepasan SPM telah tiba..dah keluar berita yg result upu dah boleh check..

time ni dah start dah rasa nak terkencing, terberak,,serau serau, pening semua ada..the same feeling i got when waiting for the spm result..then ko tau betapa seram sejuk nya nak click the button nak tgk result..rasa sejuk plus menggigil gigil je tangan..nervous tahap gaban plak tu...dengupan jantung tu jgn ckp lah..dia punya velocity dia mcm nak pecut kereta ferari sana..okk dah merepek...kita patah balik..then after dah click tu keluar lah result yg terpampang dilaptop yang mengatakan

NUR ANIS sekian sekian sekian..tahniah! anda telah berjaya ditawarkan kursus Asasi Sains Uitm..

Gedebuk! terdiam sebentar, blank sebentar, dan rasa down sebentar,,time ni anis panggil kakak anis bacakan utk anis betul ke result ni..then dia ckp betullah..ko dpt asasi sains uitm...tahniah!!time ni korang berada dlm keadaan mix feeling..x tau nak happy or sedih..mana pegi confident yg ckp confirm dpt diploma farmasi tu..habukk pon x de sekarang ni..then after the few days later, anis dah boleh terima keputusannya..anis tanam azam untuk meneruskan perjuangan dlm asasi plak..time ni anis motivate diri utk buat yg terbaik time dkt asasi nanti..

org yang paling gembira adalah of courselah my parent besides than my family..dorang gembira sangat sangat bila tahu result..anis pon okk lah..suka tengok dorang happy...anis dah start terima kenyataan..dalam happy happy tu..still ada org yg suka buat korang rasa down..suka nak takut takut kan korang..for example

"asasi sains apa, UKM ke UM?" then anis ckp lah uitm..korang tahu dorang ckp apa, "Asasi sains uitm 'JE'?
"anis masuk asasi ni kan nanti mesti susah nak sambung degree nanti, sbb ramai yg masuk ni bila dah habis x de u tempatan nak pegi kena pegi uni swasta?"
"anis tau x ramai tau yg masuk sini, dorang akan keluar balik sbb x mampu nak continue.."
"kenapa pilih uitm nape x pilih lain?"

korang tahu pada saat ni..hanya ALLAH je yg tahu perasan anis time ni..anis hanya mampu senyum pahit je..anis cecah kaki kat uitm pon belum dah takut takutkan anis mcm ni..anis hadap jelah ckp dorang..masuk telinga kiri keluar telinga kanan..tapi anis bersyukur sangat sbb ALLAH temukan anis dengan orang mcm  ni..sbb org yg mcm ni lah yg telah berikan anis suntikan semangat utk anis..pada awal nya mestilah sakit hati tapi bila lama lama fikir..anis jadikan kata dorang sebagai satu motivasi diri..jgn pandang negatif nya..pandang yg positive..erti kata lain yg buruk tu ko sucikan..hahh gituuuww..

Dan Alhamdulillah dengan izin ALLAH..anis selamat sambung pengajian anis ke menara gading..maybe ada hikmahnya ALLAH pilih anis utk sambung kos dalam bidang asasi sains uitm ni..Alhamdulillah anis bersyukur sangat sangat..anis dah nak habis dah pon belajar dlm bidang asasi ni..tinggal 4 minggu je lagi nak tamat pengajian...

so conclusion nya, korang pilihlah kos yg korang betul betul minat..korang letak minat yg korang suka sbg the top priority..then cari kos yg related dgn minat korang..then banyak kan tanya org yg lebih berpengalaman...then tapis kos kos yg x nak...dan diinggatkan jgn pakai letak je kos dalam upu tu walaupun korang letak minat yg korang letak tu dkt 1st, 2nd and 3rd choice pon but still make sure that the other choice that u put, at least u have slight interest on that program..jgn pakai click je..nanti menyesal sbb result yg kita dpt mostly drpd pilihan yg kita letak kat upu tu..so click lah dgn bijak..


assalamualaikum ^__^